Saturday, 11 January 2014

I love my clininical posting

I love my clinical posting?

I LOVE MY CLINICAL POSTING?

sure ke ni?

sureee??

love la sangat.. kerek je.. 
serius, love sgt.. nampak tak keseriusan di situ?

pppffttt..

kalau dulu masa 1st year, yup, clinical posting is one of the reasons why aku nak tukar course dulu.. plan nak tukar ambil physiotherapy.. sebab, suka dengan jadual kerja nya, ofis hour 8am-5pm.. public holiday pun cuti.. weekend cuti jugak.. oh, bahagianya! just attend patient bila diperlukan je.. 

tapi, tup tap tup tap.. beginilah... sampai 3rd year menapak kat sini.. next year dah nak grad.. ^^

ye lar, mana tak sasau nya.. masa posting pukul 5am kena bangun dah.. (owh, kalu qiam punya laa liat nak bangun ! tapi kalu kerja dgn manusia, macam mana pun kena bangun.. sekeh kepala!!) sebab at least before 7 kena ada kat ward dah.. dah la pagi2 buta gelap2 kena keluar rumah dah.. berjalan terhegeh-hegeh dengan langkah yang berat ibarat 100kg.. memang tak rela nak gi wad.. pppffttt.. jalan dengan ngantuk2.. teringat bantal dan tilam.. sedappp nya kalu bole tidur balik..

but, nnoooooo...

mimpi tinggal mimpi sahaja..

tak tahu kenapa, lama-lama Allah campakkan rasa chenta kepada Nursing~~

rasa macam sayang pulak kat profession ni. proud to be a nurse!! a future nurse actually.. bukan bongkak/riak okeyh.. juz rasa sangat2 syukur.. sebab Allah swt knows the best for me.. aku je buat2 tak tahu.. uurgghhh!!

start 3rd year ni, aku dah mula posting ikut module..

* critical care module


start posting kat burn unit. kat sini di mana patient yang mengalami kecederaan akibat kebakaran, air panas, simbahan asid, etc.. so, tempat nya kat sini lah.. welcome~~

kat ppukm ni just ada 4 bed je. 4 bilik yg berasingan.. ala2 vvip gitu.. privacy and tak ramai patient..
masa time kita orang posting hari tu, untung sebab dapat tengok patient yang 70% burn.. that was seriously critical, people !! kalu nak ikutkan, more than 15% pun dah kira memang terrruukkkkk dah...

ada jugak kes baby yang terkena bubur panas kat bahagian perut dan dada.. so, bila cuci luka tu, memang meraung2 lah sampai tak ada suara.. weyhh, tak ada kulit ok.. kalu kena pisau sikit pun dah sakit kan.. apatah lagi burn injury yang tak ada protection kulit.. so, be grateful u still have the intact skin.. dun complain bla bla bla kulit tak cantik and tak smooth bagai.. sekali terbakar kulit tu, ........ ??

second posting kat emergency department (ED)... hhheee... spesial sikit yg ni.. before ni asyik duk lalu2 je kat depan.. time posting ni baru bole masuk.. memang ramai sangat org.. tersangat lah ramai.. non-stop.. pelbagai bangsa and warganegara.. ada yg pekerja MRT injured, badan termasuk paku.. kes denggi ramai.. apatah lagi accident sebab masa tu selalu hujan.. selalunya yang bawak motor.. be careful, korang yang super berani ride motor.. aku yang nak naik belakang motor pun tak berani.. 

belajar macam mana nak coding patient yang datang. once pt datang ke ED, tak semua ye akan dapat rapid treatment.. kena tengok kes dulu, kalu serius trus masuk 'red zone'. yang serius tapi still boleh delay treatment masuk 'yellow zone'.. and lastly yang tak begitu serius, disilakan ke 'green zone'.. kes2 kecemasan je yang dilayan.. kalau takat batuk, selsema yg simple2 tu tak yah laa datang sini.. buat penat je. tak akan dilayan, staff akan suruh rujuk ke klinik kesihatan yang berhampiran.. sebab pt ramai, kes2 kecemasan banyak.. so, jangan menyibuk di sini.. terima kasih~

kat ED ni memang kena buat kerja cepat. cari barang dengan pantas.. sometimes, I was like *krik krik*.. apa nak buat ni? apa nak buat ni? so, ambil peluang insert CBD, NG tube and ambil darah.. ohohohoho.. sorry pak cik mak cik kalau saya buat sakit and tak dapat..  ada jugak patient datang dengan kes asma.. best duduk sini.. hmm.. best laa jugak. boleh laa..

3rd posting ialah.. jeng..jeng..jeng... most favourite ward.. ICU !!!! intensive care unit.. that made me fall in love in critical care.. one-to-one care.. means, sorang nurse sorang patient.. kalau nak dirawat personally oleh staff nurse, masuk la ICU ya.. memang banyak kerja and tanggungjawab sebab kita jaga patient yang koma and tak sedar langsung.. pernafasan dibantu oleh mesin.. kesian sangat.. mostly kes yang masuk adalah sebab pendarahan otak.. mostly laa.. ada jugak kes severe accident, sakit jantung.. teknologi dan gadjet kat ICU memang bombastic lah.. nak tekan2 pun takut..

aku suka environment ICU.. even a lil bit busy.. tapi kita ada pt kita sendiri.. kita tahu apa nak buat dengan dia. tak yah sibuk2 pt orang lain.. 

4th posting masuk unit cardio.. iaitu jantung.. first day masuk, ada pt collapsed.. so, kita org dapat chance untuk buat CPR.. sekarang orang m'sia ni tak sampai 30 tahun pun dah ada sakit jantung ye.. be careful of u eat.. dun simply eat nonsensely.. happy nya makan KFC, MCD, junk food bagai.. sekali dapat sakit jantung and diabetes.. nganga.. 

"but, i'm still young"

nope, diseases do not discriminate.. attacking anyone yg degilss and tak praktik healthy lifestyle..

(macam cakap kat diri sendiri pulak)...

best time posting sebenarnya sebab kita praktik balik teori.. tapi tak semua teori bisa dipraktikkan, ya.. kerna, apa yang di buku dan realiti itu berbeda.. sometimes, jauhhh berbeda.. mode cakap indon, eh? bajet!

everytime bila kita down, cuba reflect smula nasib orang2 yang berada lebih bawah daripada kita.. memang mereka kuat! tabah hadapi dugaan hidup.. how they really survive to live.. mereka pun ada anak, isteri, tanggungan.. and at the same time, sakit.. so how? macam mana financial mereka? pernah kita fikir? 

posting kat burn memang menginsafkan.. sebab burn injury kan affect body image.. kulit yang terbakar tak sama dengan kulit yang ori even dah pulih.. sebelum ni duk komplain kata kulit dah gelap, tak smooth, naik jerawat la.. bila skali tengok dia orang tak komplain pun. kita?gulp! jauh bbeza.. 

tadaaa...

sampai second module di mana we olss posting kat psychiatry (psy) ward.. bukan psy oppa gangnam style ok.. dlu, masa form 4 ada penah pergi psy ward kat hospital XXX penang visit someone.. tak sangka that one fine day, yang aku dah pun posting kat wad ni for 1 month.. hmm... nice experience.. very2 nice experience.. talk to them, play and having jokes with them.. kat wad ni memang relax.. but, kat sini lah kita nak praktis how good we are in psychology.. the way you talk to them bukan macam normal person ye..

they admitted due to several reasons.. ada yg schizophrenia, bipolar, depression sampai tahap nak commit suicide.. kesian sangat.. they never ask to be like that.. kalau la kita? nak ke? oh god, please make me crazy.. ada ko mintak macam tu?

tak kan, kita mintak yang baik2 ja kan..

ada yang family malu sebab anak/mak yang masuk ward psy ni.. tak kuramg jugak yang bagi moral support.. every time visiting hour, dia orang akan datang.. people, boleh tak kita jangan judgemental sangat.. give them the chance to live well and peacefully.. stigmazation that made them have no confidence to live in society.. layan mereka dengan baik.. tok sah duk buat cita bukan2..

masa posting, dapat tengok pt yang tiba2 aggresif, ada yang cakap tak logik (well, just layan what they said), ada yang crying non stop.. at that time, I was thinking, macam mana kualiti hidup mereka? pity them T_T

tanjung rambutan aka hospital bahagia ulu kinta, here we come..

mula2 agak cuak posting kat sini.. rasa tak secure sebab ada anggapan yang anytime je mereka boleh attack kita.. insecure feeling sbb we cant really predict what they think in their mind.. 

ada jugak yang tinggal kan family members kat sini.. dia orang tak nak ambil balik relatives mereka even dah pulih sepenuhnya.. kalau kat ward tinggal lama, orang2 tua memang ramai.. kenapa? hina sangat kah mereka? 

ada sorang staff kat sini cakap :

"kita beruntung sebab kita bekerja dengan ahli-ahli syurga"

bila aku dengar, sebak rasa.. yup,betul.. mereka ialah ahli syurga..mereka dah tempah tiket untuk ke sana.. sedangkan aku, yang perasan bagus  tak sure lagi mana hala tuju aku kat sana..

nikmat akal yang Allah berikan pun kadang2 tak digunakan dengan cara yang betul.. and why? have u ever asked urself? 

I want this, this and this.. but Allah gave me that.. arrogantly I asked Allah, why? but I never think positively, the hikmah behind everything.. 

HE puts me here (nursing) because He wants me to learn the real meaning of life.. He gave me the chance to do good deeds.. oh Allah, thank you.. =')

al-Baqarah : 126

"diwajibkan bagi kamu berperang padahal berperang itu berat bagi kamu. boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. boleh jadi juga yang kamu sukai itu akibatnya adalah buruk bagimu. Allah yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.. "

stop complaining what Allah had done for u.. 

 

be a good khalifah, ya?








Friday, 10 January 2014

misi oh misi



Being a Nurse Means ...



You will never be bored.


You will always be frustrated.


You will be surrounded by challenges.


So much to do and so little time.


You will carry immense responsibility

and very little authority.


You will step into people’s lives

and you will make a difference.


Some will bless you.


Some will curse you.


You will see people at their worst -

and at their best.


You will never cease to be amazed

at people’s capacity for

love, courage, and endurance.


You will see life begin - and end.


You will experience resounding triumphs

and devastating failures.


You will cry a lot.


You will laugh a lot.


You will know what it is to be human

and to be humane.



By Melodie Chenevert, Registered Nurse (RN)



yup, it was true.. bukannya nak menunjuk2 or apa taw.. before I jump into medical field, I thought that being a nurse is easy.. very easy.. duduk kat kaunter, tulis report, datang kat patient buat2 kerja pastu blah la..

but, I was totally wrong.. I never expect that life of a nurse was full of challenges.. yela, kerja ikut shif.. kalau kerja pagi memang awal2 dah kena bangun even tak nak bangun pun.. kerja shif petang sampai malam.. kalau shif malam, gamak nya sampai pukul 7 pagi besok la jawab nya.. kalu shif malam bukannya boleh tidur pun, kena serve ubat, bagi feeding kalau pt makan ikut tiub, tengok pt condition apatah lagi yang kritikal.. karang collapse, sapa nak jawab? nurse jugak..

mula2 memang tak boleh nak adapt.. oh, macam ni ke life of a nurse? penat nya.. but yet, it was fun!

kita jumpa ramai orang. kerja dengan orang2 yang hebat. tak kurang jugak yang agak..hmmm...agak... (tak yah cakap kat sini lah).. bila pt datang kat kita dengan pelbagai masalah, we try to help them.. kalau boleh, kita nak mereka balik dengan sihat and lebih baik daripada keadaan sebelum masuk..

kadang2, tak sempat nak makan.. nak gi toilet pun tak ada masa.. just lalu-lalang depan toilet je.. says "hi"..

betul, kita jaga 6-8 pt..masa tu la nak cuci luka, ambil vital signs, serve meds,etc.. kalau shif malam lagi lah, cover lagi ramai pt.. belum kira lagi yang ada procedure dan nak kena assist doktor..

so, people.. please appreciate nurses..

I felt soooo happy if they just say "thank you"

I learnt lots,lots of things actually.. alhamdulilah.. even I hate this profession at first.. memang kena banyak2 bersabar.. mostly bila facing dengan pt yang fussy & annoying.. but, they are ill.. emosi tak stabil.. they are tendency to get angry easily.. tak kurang jugak mak cik pak cik yang baik..

 "saya doakan misi semua berjaya dalam hidup"

"berkenan buat menantu" eheh, lebih limit dah ni.. uhuk2..

ada sorang chinese aunty ni siap nak bagi RM 10 lagi kat aku dulu sebab jaga dia kat wad. dia terharu sebab kita org tukar pampers dia. kita orang cakap je la dah memang tanggungjawab kita orag care for patients. we did it sincerely, bukan tak nak terima duit dia.. lagipun, we have our own ethical issue yang we can't accept gift from patients.. ni ikut teori laa.. but, for me, we should know well to assess the situation and the gift.. bukan memilih ok.. ada yang kita memang tak boleh ambil.. ada yang maybe kita boleh terima supaya dia orang tak terasa hati..

well, depends gak laa.. bukan gift/pujian yang kita nak.. tapi, at least I have something to bring there.. so that I know how to answer Allah soon.. 

teringat, bila gather dengan best friend yang bukan in medical field..

I wud have many, many stories to tell her.. ahaks!

sampai dia cakap, "norfa, best nya jadi nurse"

I think those in nursing profession je faham how does a nurse lives her life.. 

ingat senang jadi nurse.. senang macam ni la.. lahai..



be a good khalifah, ya?



Monday, 6 January 2014

thrownback 2013

2000 + 10 + 3 = ???

so, that was last year.. 2013 dah beberapa hari pergi meninggalkan kita.. al-fatihah

al-fatihah untuk kita sendiri la.. yela, makin hari kan makin dekat dengan kematian. bukan makin dekat nak kahwin.. entah2 tak sempat nak kahwin pun, dah ajal..

moga pengakhiran hidup kita baik. banyak2 doa kat Allah..

alhamdulilah, 2013 bagi banyak sangat good memories. tak kurang jugak the bad ones..

jadi, talk the good things..

yang bad things, just close ur eyes. take a deep breath and.. fuhhhh.. take a lesson. forget the people that annoyed u... alaaa, small thing ja.. dont take as a big matter..

me & bff bernice
dinner kolej : masquerade theme

dinner jabatan

cer teka mana satu lecturer kita orang.. jeng..jeng..jeng..

the girl wif arabian costume

gift exchange ! I got tis

celebrating their birthday

ustazah fatimah syarha masa talk "kebebasan wanita"

mak cik ani & kak ariffah time walimah kak syikin di AS

come back from ~big bad wolf~ late nite.. hmm?

batch KYT-16 wif prof alini











barbecue time !!

senior's graduation day.. be a GOOD doctor for ummah ya, sis =)




basic life support (BLS) course at emergency department of PPUKM

live the life dengan bersyukur nya. because, u deserve it,ok.. enjoy and appreciates every moments u have.. love others that love u..

tipulah kalau kata setiap saat tu indah ja.. bukannya dalam drama melayu tipikal or novel romatik m'sia..

ada turun naik nya, kejap senget ke tepi. being a nursing student ni, memang adat la kena marah and diperlekehkan..

"kata student degree, tak kan buat ni pun tak pandai?"

"ek eleh, macam ni ke student degree?"

oh, kecik hati eden.. sekecik kuman..

belum masuk lagi kena marah dengan dengan doktor, KJ, staff nurse, patient, relative patient..

oh, new york, i'm coming!!! nak pegi bercuti lah~~ (kenapa pilih NY??)

but, cuba positive balik. ada sebab semua ni berlaku. tak kan semua nak manis2 je kan? ada someone penah kata kat aku, "hidup ni tak boleh nak manis selalu, kalau tak nanti jadi kencing manis"

oh, nooooo.. i'm still young.. diabetes, go go go away... i makan kurang, i exercise sbb tak nak dapat diebetes.. turun naik tangga sampai tingkat 5.. sampai semput.. eeh, pulun ngat aih...

tak temasuk lagi berjumpa dengan manusia2 kerek. oh! penat, ok..

sebenarnya benda2 yang macam ni lah mendewasakan kita.. men-tua-kan kita..

ni baru takat di alam kampus.. belum lagi bekerja dengan community.. one day, bila dah kerja, hmm.. ko tahu lah..

so, that's it..



be a good khalifah, ya?




Sunday, 5 January 2014

2014 : be a BETTER person

alhamdulilah..

Allah masih pinjam kan lagi nyawa pada hari ni. kalau nak ikut, bila2 je Allah bole perintah kan malaikat maut datang and ambil balik hak Allah..

tapi,

Dia masih bagi peluang untuk kita bernafas dan buat ibadat, tebus dosa dengan taubat, buat baik dengan mak ayah, buat baik dengan semua orang, minta maaf dengan orang yang kita sakiti, seee... banyak kan chance nak buat pahala.. 

tapi kita jarang buat. benda yang kita anggap remeh tu seakan-akan tak penting.. kita selalu terlalu bersangka baik, seolah-olah kita tak ada dosa.. yakin sangat yang kita akan masuk syurga. solat entah ke mana, ibadat sunat tunggang langgang T_T

tu belum lagi kira bab mengumpat and mengata orang.. konon nya, sebagai luahan perasaan. perbuatan dan kata2 kita yang orang sakit hati tak termasuk lagi..

masuk sem baru ni, memang aku akui, aku jarang sangat turun surau. gunakan alasan penat posting, balik riadah lewat.. pada hal, MALAS !

sem ni serba serbi memang rasa masa cepat sangat berlalu. start dengan posting critical care, psychiatry kat tanjung rambutan, lastly posting home care..

okay,

so, please.. change...

reflect tahun 2013. apa yang kita dah buat and tak buat. benda baik vs benda tak baik.

be a better person..

we might not change people by words, but we can change people by attitudes. be a kind person. do good deeds. act as u said. never say bad things about others..

be a good friend to al-quran. kata nak kubur terang kan nanti? tapi quran malas baca... pheeeww~~

setiap solat, jangan kita lupa doa, semoga kita sentiasa istiqamah dengan ibadat kita.. tak banyak tak apa, asalkan konsisten.. at the same time, cuba renew and improve amalan2 kita..
 
tak guna pecut kuat2 but lastly kita pancit. 

kita buat ibadat pun untuk diri kita jugak.. Allah tak rugi sikit pun kalau kita tak solat, tak tutup aurat, tak puasa, etc.. sebab Allah tu maha kaya.. tapi kita la yang rugi.. nanti kat depan Allah apa kita nak jawab?

"ehh, suka hati aku laa.. hidup aku"

masa tu kita dah tak ada apa2.. jalan mati.. masa tu kita akan menyesal and menangis sebab masa muda kita disia-sia kan macam tu saja.. (moga kita bukan orang yang macam tu)


# bila baca quran, cuba baca jugak terjemahan nya.. kalau lagi rajin, baca tafsir sekali.. highlight ayat2 yang kita boleh ambil pengajaran.. nanti anytime bila kita down, kita try belek2 semula and baca semula ayat2 tu..

insya Allah.. dengan mengingati Allah, hati berasa tenang =)

al-maidah : 9

" Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh keampunan dan pahala yang besar"

hopefully, we are the person that Allah said. insya Allah =)


be a good khalifah, ya?




Saturday, 4 January 2014

the FOX parody

masa posting kat hospital tanjung rambutan dulu,

ada la member tanya,

"norfa penah dengar lagu, what does the fox say"?

and I was like, *krik krik*

"lagu apa tu?"

and sebab curious tinggi sangat..

utube la utube.. 

tup2 jumpa..


 

since dengar lagu ni, I felt like mcm dah ada auditory hallucination

 

ter-jumpa parodi ni masa kat library.


well, have a gelak-gelak watching it.

tak nak gelak, tak yah gelak.

ur producing noise pollution

Yogyakarta, Indonesia part I


INTERNATIONAL EMERGENCY NURSING CAMP 2013
Prambanan
13 & 14 Disember 2013

12 Dec 2013 :

five of us including me. sebenarnya ramai je yang nak join jugak, tapi last2.. tinggal 5 ja.. 
kita orang naik air asia dari LCCT dalam pukul 3 pm something la.. selamat mendarat di adisujipto airport dalam pukul, hmmmm... 5 pm something kot..

kat sana, awal sejam.. so bila kita orang sampai tu dh pukul 6 lebih. dah nak masuk maghrib..
cepat kan?

subuh : 4 am
zuhur : 12 pm lebih
asar : 3 pm
maghrib : 6 pm smthing
isya' : 7 lebih dah masuk

masa sampai tu hujan lebat gak la. cuaca dah gelap. ingat kan gelap sebab hujan tapi sebab memang dah gelap. 

eh, apa bahasa aku ni? no, I mean, pukul 6 dia orang ibarat pukul 7 kita.. haaaa.. gituuu...

lepas je imegresen gate, ada orang yang pegang card : IENC
so, we all taw la itu we all~

alhamdulilah...

yang setia menunggu kami, si kiut miut maulida & aliani aka ali (he is the driver) ehem..

kami dibawa ke rumah atau hostel student dia orang. ya Allah, a very warm welcoming.. sangat2 baik dalam melayan tetamu. sampai kan aku rasa segan gila.. may Allah swt bless all of them. insya Allah :)

malam tu dia orang bawak kami makan bakso. dekat dengan umah dia orang. jalan kaki pun sampai..

kat sekitar umah dia orang memang banyak la gerai2.. yang rasa pelik sikit, mostly gerai2 dia just pakai pelita or something like small bulb yang warna oren.. oh, romantik sangat! 
kat depan umah dia orang tu ada jual nasi kucing. ok, its not cat inside the nasi.. memang tobat tak makan lar.. dia ada explain mendalah apa dalam tu, tapi aku tak faham2 jugak. just angguk2 je. ppffftttt.. hipokrit betul !

makan dengan rasa yang amat happy


nak senang kan mas(abang) tu, kita orang just standardise kan je order makanan.

urmmm.. tak silap nama dia mie bakso ayam campur kot. eh, betul ke tidak ? memang seddaaaap ah! harga nya Rp 8000.. dalam RM3 macam tu la.. selipar jepun dia pun RP 8000 jugak.. klu kat m'sia pun dah dalam RM 10. murah kan?

dia orang student Universititas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).. 
well, the way to pronounce it ialah : oou - em - yeay...

ok, agak unik di situ. 

they are very kind, student nursing & pharmacy : yunda, ulfhiey, titin, rizka.. nice to meet them =')


13 Dec 2013

pukul 4 am dah subuh. by 5am memang dah cerah, ibarat 7 am kita.. rasa amazed sangat. yelaaa, orang baru keluar kampung. so a lil bit jakun di situ..

after having b'fast, we took a walk around here.. tengok kawasan kg dia orang.. ala, tak banyak beza pun dengan kg kita.

dont be too poyo.


arca tokoh pahlawan indonesia. nama nya unknown.







from UMY kami dibawa naik bas ke camping site. iaitu di sebelah candi prambanan.. subhanallah.. tempat nya memang cantik.. hijau je.. hijau sehijau-hijau nya.. candi prambanan and candi borobudur tak sama ye, anak2.. mak pun konfius jugak mula2.. teruja la nak gi tengok antara the most amazing things in the world.. rupa-rupanya berbeda.. tapi tak pe lah, best jugak~~

selepas register, (ok, ni special sikit, sbab orang m'sia and dikategorikan sbgai international, so we all tak payah que panjang2.. just ke next counter and daftar) so, proud to be a malaysian, people ! eheh.

before masuk khemah (atau dipanggil tenda) untuk opening session, kita foto in dulu ya mbak.. hhheee.. laju je kalau part bergambar nih..




lecture aka mantri start dengan coding victims during disaster.

red : rapid treatment
yellow : rapid treatment but no harm if delayed
green : minor injured/walking injured patient
black : death

second mantri nya ialah berkenaan :  basic life support (BLS) atau CPR..
x faham? alaa, yg kiss2 mulut.. masa orang pengsan and tiada nafas..
owhh.. laju je faham kan? nampak je macam best. tapi bukan senang taw. salah chest compression, silap2 boleh patah rib cage..

sama je konsep BLS dengan m'sia sbab pakat duk ikut American Heart Association (AHA 2010)

3rd lecture : bandaging and splint. memang lain sikit teknik bandaging and materials used. cara ikatan dan gulung tu unik jugak laa.. they are very good in art, ok.. bukan mudah nak gulung dan lipat bagai.. ala2 tutorial shawl kat youtube.

selepas dinner and solat, ada praktikal. so, kita orang praktik kan balik apa yang belajar time lecture tadi.

practice BLS/CPR on the mankind. tak bole tipu taw teknik u salah ke betul. ada indicator nya. kalu betul chest compression, lampu akan menyala. kalu teknik salah, x nyala la lampu tu. nasib baik I buat lampu nyala taw, nanti malu kan nama m'sia ye dok? haks!

cikgu2 nya tunjuk cara2 nak carry patient macam mana. orang yang berat pun bole angkat taw kalu teknik betul. so, dun scared to be fat. u can test how skillful they are in carrying u.. eh, salah health education dah ni.. jangan ikut.. jangan ikut..

selesai dah praktik and so on, ada mini acoustic concert by the organisation. wow, they are very talented, ok.. they have their own band. a good vocalist too.. ali pun ada.. hheee.. (mak aii, gediks betul.. nyampah !)


kita orang dduk sambil supper. kacang panas + ubi keledek manis + teh o panas. I dun like the taste of the tea actually. bole la kalu nak minum kalu dahaga sangat2.. 

cuaca baik. dingin. keadaan malam di candi prambanan diterangi lampu berkilau-kilau. nasib baik tak silau. 

# sebenarnya semua benda tu dah blaja kat ukm. so, senang la sikit nak faham apa yang disampaikan. jangan ingat dah tengok citer indon, ko bole faham sangat bahasa dia orang. dengan vocabs nya bombastik, slang, wadduh..wadduhh.. mau konfius dibuat nya..

homework : I watched malam minggu miko di youtube before pergi. at least ada jugak modal bila nak pompam pompam ngan dia orang nanti. 





be a good khalifah, ya?







Friday, 3 January 2014

A beginner

Bimillah,

Well, this is the 1st, 1st, 1st time tulis blog. actually dah lama gila plan nak tulis blog 
since habis matriks. 

but, the problem is...
I dun know how to start it !!!

then, bila masuk u, dah sibuk memanjang.. hmmpphhh.. ingat PM je busy? 
I pun busy ok..
busy mengira bintang di langit... lalalalalalalaaa...

ohhh... really jakun.. siyesly, anything bout IT and seangkatan dgn nya mmg agak blur2 and gred tahap F-. tengok budak2 kecik sekarang dah terer pegang segala mak nenek gadjet. sedangkan aku, hanya memandang dengan ekor mata. memandang dengan penuh... hmmmm... mcm mna nak describe eh? aduhhh... ok lah, forget it!

before ni I would wtite on my diary.. eh, ada diary rupanya? sentimental jgak~~
no lah, tunggu sampai diary tu berhabuk baru tulis, at least tak de lah sampai tahap kena makan anai-anai.

and,
I'm not sure whts triggering me of having a personal blog and write on it..

semoga memberi manfaat. ok?

be a good khalifah, ya?