Sunday, 23 February 2014

blood donation, hoorey!!!

Tanggal 11 feb 2014 

tarikh yang akan diingat sampai bila2..

eh eh, dah nak kahwin ke? ada orang masuk minang eh? prince charming datang dengan white horse bawak roses nak melamar?

No, no, no, nooooo....

itu fairy tale... tis is reality..

yess!! I did it! berjaya derma darah di Pusat Perubatan UKM..

ek eleh, orang lain dah derma darah berapa ribu kali tak kecoh macam kau pun.. hissyyy..

alkisah nya, dah 3 kali try untuk derma darah.. tapi tak dapat2 jugak.. hmmmphh.. first time masa kat matriks ada kempen derma darah and masa tu punya la berkobar2 untuk menyibuk jugak.. yelah, duk kat Malaysia tak kan la nak makan je kan, kena lah berbakti jugak.. dah isi borang2 bagai and cop pengesahan sebab masa tu tak cukup umur lagi (well, i'm always sweet 16).. 

tup2 sampai kat doktor untuk recheck, FAILED!! sebab masa tu tengah makan spirulina.. hancuss harapan setinngi gunung nih.. ingat kan tak pa kalau makan spirulina ni, yela.. nak pandai kan sebab tu pulun duk telan spirulina? tapi tak pandai2 pun.. doktor kata takut ada patient yang allergic dengan spirulina. so, as a precaution tak boleh derma darah T_T

second time masa ni dah 1st year kat UKM.. punya la tunggu countdown nak derma darah.. last2 failed jugak sebab Hb tak cukup. ok, sebenarnya cukup2 je.. 12.0-14.0 for adult woman.. and mine was 12.0... tapi sebab nak derma darah punya pasal, syarat nya kena lebih tinggi sikit.. pheww~

third time pulak masa second year.. penat2 habis posting, terkedek2 turun ke lobi PPUKM nak derma darah.. hmmm... sama lah, failded jugak!!! kali ni hypotension.. systolic blood pressure around 101 mmHg mcm tu kot..

and... the fourth time.. tadaaaaa.... I made it!!!! (tepuk la sikit..)

11 feb, hari selasa hari terakhir final test.. baru habis jawab psychiatry paper.. memang tak ingat langsung yang hari ini ada blood donation kat lobi.. member yang cakap... oh, baru teringat! hmm.. cepat nya dah dementia..

dah la semalam nya tidur pukul 2pagi lebih.. memang tak cukup tidur ah.. alah, buat bodoh je lah.. 

sebenar nya tak plan pun nak gi derma darah. nak test nasib je.. sebab dah tau.. alaa, sure tak dapat punya lah, Hb tak cukup la. blood pressure low la..

tup2, eheh.. pass la dari satu stesen ke stesen yang lain.. and I was like... woww... alhamdullilah.. rasa best n bersyukur sangat!!

and quite nervous too.. sakit tak? besar tak jarum? nanti pitam tak? dah la tak cukup tidur.. dah menipu kat situ gi tick tidur melebihi 5 jam.

the nurses memang bagus sangat!! I give 10 stars.. memang sangat cekap, skillful and expert lah!! mula2, dia inject local anaesthesia (LA) bukan los angeles ok.. untuk tahan sakit.. lepas tu insert jarum.. tak sakit langsung. sumpah! cuma masa cucuk LA je rasa sakit sikit.. ala, sikit je pun, bukannya sakit nak beranak..

jarum nya besar la jugak sikit. tapi sebab dah cucuk LA, langsung tak rasa sakit.. betul, tak tipu..

kejap je process nya.. dalam masa 15-20 minit macam tu. lepas dah derma, kita kena rehat 10 minit sebab tak nak bagi pengsan lak tetiba.. and, as a reward, dapat makanan and minuman free.. hahahahahaaa... milo, 100 plus, bun and biskut oat.. sijil penghargaan..

best tau.. dapat makan free.. hewhewhew... 

side effect derma darah? hmmm.. entah lah, biasa je.. tak ada apa lah.. ada orang yang rasa pening.. ada yang rasa nak tidur je.. but me, even tak cukup tidur and not well prepared alhamdulilah tak ada apa2..

cuma,

i felt that my pulse beating too fast.. palpitation la jugak dalam masa 3 hari.. hahahahahha...

btw, rasa macam puas sangat and bersyukur sebab finally after 3rd trials, I made it!!


anda LAYAK menderma darah sekiranya,

1) Anda sihat pada hari ini

2) Anda berumur 18-60 tahun

3) Berat badan melebihi 45kg

4) Tidur melebihi 5 jam

5) Tiada masalah perubatan

6) Tidak mengambil sebarang ubat (antibiotik) atau alkohol

7) Anda telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah

8) Tidak terlibat dalam kegiatan seperti berikut :
  • Homosexual
  • Bisexual
  • Hubungan jenis dengan berbagai pasangan atau pekerja seks komersil
  • Penyalahgunaan dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan kepada golongan di atas
10) Pendermaan terakhir.
  • whole blood - 3 bulan
  • apherisis - 2 minggu
kita dah dapat buku ni.. officially mine!!

so, thats all.. jangan rasa takut untuk derma darah ye.. jangan dengar sangat komen2 negatif orang pasal blood donation ni.. unless u try it by your own, ok.. berbuat baik lah selagi termampu

may Allah swt pay your kindness



be a good kalifah, ya?